PM: Gaji Minimum Kakitangan GLC, GLIC Ditetapkan RM1,500

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan kini menetapkan gaji minimum baharu pekerja tetap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) sebanyak RM1,500 sebulan.

Menurut beliau, dasar itu dibuat membuktikan kerajaan prihatin terhadap cabaran kos sara hidup yang dihadapi rakyat.

Justeru beliau berharap  syarikat-syarikat korporat lain akan turut mengikuti langkah yang sama.

“Tahap pendapatan minimum ini wajar diamalkan oleh sektor swasta bagi membantu pekerja menangani cabaran kos sara hidup terutamanya bagi pekerja yang berpendapatan rendah,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Hari Terbuka GLC 2022.

Mengulas lebih lanjut, Ismail Sabri turut menyarankan GLC yang tersenarai untuk mencapai tahap penyertaan wanita sekurang-kurangnya 30 peratus sebagai ahli lembaga pengarah menjelang mesyuarat agung tahunan pada tahun 2023.

Hal ini selaras dengan ketetapan kerajaan dalam Bajet 2022 bahawa  syarikat tersenarai diwajibkan melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita sebelum 1 Jun 2023.

Begitu juga setiap GLC dan GLIC turut perlu mempunyai matlamat jangka masa sederhana dan sasaran net zero carbon menjelang 2050 demi mencapai objektif negara dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Kerajaan berharap agar pengumuman dasar-dasar ini akan memberi manfaat dan kesejahteraan berterusan kepada Keluarga Malaysia, Insya-Allah,” tambah Ismail Sabri.

BBerkaitan

Latest articles