PM Doakan Keluarga Tun M Tabah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat Tu  Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN) petang tadi, dan mendoakan supaya keluarga bekas Perdana Menteri itu kekal tabah berhadapan dengan ujian ketika ini.

Ia berikutan Ahli Parlimen Langkawi itu kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU).

Ismail Sabri berkata, beliau sempat bertemu dengan isteri Ahli Parlimen Langkawi itu, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ketika menziarahi Dr Mahathir di IJN sebentar tadi.

“Tiba di IJN sebentar tadi untuk menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke IJN.

“Saya turut bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di IJN tadi dan berharap keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad terus tabah,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Ismail Sabri meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat Dr Mahathir di IJN, sebelum beredar dari institusi perubatan itu.

Ini adalah kali ketiga Dr Mahathir dimasukkan ke IJN dalam tempoh lebih sebulan selepas kali terakhir masuk ke pusat itu pada 17 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar enam hari kemudian.

Pada 16 Disember tahun lalu, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

BBerkaitan

Latest articles