KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam tadi membincangkan dakwaan penyelewengan RM600 bilion melibatkan Perikatan Nasional (PN).
Ahli Majlisnya Datuk Puad Zarkashi memaklumkan parti menyerahkan isu siasatan itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“(Mesyuarat MKT UMNO) ada bincang isu (penyelewengan) RM600 bilion. Itu kita serah kepada PM untuk meneruskan siasatan.
“Kita yakin ia perlu disiasat supaya tiada memperkatakan mereka bersih tapi sebenarnya banyak perkara rakyat tidak tahu berlaku,” katanya ketika meninggalkan Menara Dato’ Onn, malam tadi.
Dalam pada itu, mesyuarat malam ini juga memutuskan untuk memecat tiga pemimpin bahagian parti itu.
Ia adalah dua ketua pergerakan wanita UMNO bahagian dan seorang ketua bahagian parti itu.