PM: Darurat Bukan Rampasan Kuasa, Perintah Berkurung

KUALA LUMPUR: Pengisytiharan darurat di negara ini tidak akan membabitkan sebarang bentuk rampasan kuasa tentera atau pelaksanaan perintah berkurung, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliu menegaskan perkara itu sebaliknya memberi jaminan urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan terus berfungsi seperti biasa.

“Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, majlis kerajaan negeri akan terus berfungsi ikut Perlembagaan Persekutuan.

“Malah saya beri jaminan jentera perkhidmatan serta pentadbiran awam, kerajaan negeri tidak akan terganggu dengan pengisytiharan darurat ini,” katanya menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung, hari ini

Latest articles

Related articles

spot_img