PM Cipta Sejarah Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Perhimpunan PBB

NEW YORK: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencipta sejarah sebagai pemimpin tertinggi Malaysia yang pertama berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan diplomatik terbesar di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau tampil segak berbaju Melayu hitam mencuri tumpuan delegasi lain sebaik melangkah masuk ke dewan utama, manakala seluruh delegasi negara termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut memakai baju kebangsaan dan batik Malaysia.

Perdana Menteri mengakhiri ucapan berdurasi 20 minit itu dengan ayat “United we stand, divided we fall”, selagi kita bersatu padu dan teguh bersama dalam memikul beban ini, saya pasti kita akan berjaya”.

Dalam ucapannya juga, Ismail Sabri turut mengajak komuniti antarabaangsa bekerjasama dengan mengamalkan semangat Keluarga Dunia, dalam menghadapi cabaran global.

BBerkaitan

Latest articles