PM Cadang Usul Gantikan Speaker, Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengemukakan usul menggantikan dirinya dan Speaker, Datuk Mohamad Ariff Mohd Yusof pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 13 Julai depan.

Bagaimanapun kedudukan Timbalan Speaker, Datuk Rashid Hasnon tidak terjejas dengan usul berkenaan.

Perkara itu pada awalnya dilaporkan akhbar harian berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau bahawa Muhyiddin akan mengemukakan usul untuk membuang dan menggantikan Ariff dan Nga pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Pergantian itu dibuat di bawah Perkara 57 (3) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan: “Dalam masa apa-apa kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertua atau dalam masa Yang di-Pertua tidak hadir dalam mana-mana persidangan, melainkan oleh sebab Dewan Rakyat bermesyuarat buat pertama kali selepas suatu pilihan raya umum, maka seorang daripada Timbalan Yang di-Pertua atau, jika kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua tidak hadir atau jika kedua-dua jawatan mereka itu kosong, seorang ahli lain sebagaimana yang ditentukan oleh kaedah-kaedah tatacara Dewan Rakyat, hendaklah bertindak sebagai Yang di-Pertua.”

Nga yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan menyifatkan tindakan Muhyiddin sebagai pertama kali dalam sejarah perdana menteri menyuarakan cadangan menyingkirkan Speaker dan timbalannya.

“Menurut konvensyen parlimen, kedudukan speaker biasanya dikosongkan dalam salah satu dari tiga keadaan berikut – ketika parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum, ketika speaker meninggal dunia atau ketika speaker mengundurkan diri.

“Ketiga-tiga situasi ini tidak terjadi,” katanya.

Apatah lagi usul tersebut diminta dilakukan secara serta-merta dan mendakwa Muhyiddin secara bersendirian tidak ada kuasa untuk menyingkirkan speaker atau timbalan speaker.

BBerkaitan

Latest articles