PM cadang pertimbang tahanan rumah Najib lepas kes 1MDB selesai

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya patut mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib Razak selepas kes 1MDB selesai.

Bercakap dalam wawancara dengan Bloomberg pada Forum Ekonomi Qatar di Doha semalam, Perdana Menteri berkata, beliau akan memberikan cadangan tersebut jika Yang di-Pertuan Agong meminta pandangan berkaitan perkara tersebut.

“Keputusan untuk mengurangkan hukuman adalah hak Yang di-Pertuan Agong. Sama ada dia diberikan tahanan rumah, pendirian kami pada waktu ini adalah beliau menjalani proses dan biarkan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan.

“Ini masih dalam proses perbicaraan 1MDB. Saya fikir biar proses itu diteruskan dan jika Yang di-Pertuan Agong minta nasihat, saya akan kata ‘Duli Yang Maha Mulia, biarkan proses diteruskan’ tapi perlembagaan memberikan kuasa kepada Agong untuk membuat keputusan.

“Saya sebagai Perdana Menteri, tidak akan mendahului Yang di-Pertuan Agong,” kata Anwar ketika diminta mengulas isu tahanan rumah terhadap Najib yang turut ditimbulkan oleh anggota Kabinet beliau.

Menegaskan dia tidak akan sesekali mengenepikan kuasa Agong, Anwar berkata syornya itu hanya akan dikemukakan jika diminta oleh baginda..

 

@therakyatinsightKes Babit Najib Razak, ini komen Anwar Ibrahim♬ original sound – The Rakyat Insight

Anwar menekankan tentang kepentingan melalui proses sewajarnya dengan memetik keputusan Agong sebelum ini mengurangkan sebahagian hukuman Najib.

Dia menasihatkan Agong melayan permohonan Najib seperti mana-mana rakyat biasa yang merayu kepada Lembaga Pengampunan.

BBerkaitan

Latest articles