KUALA LUMPUR: Mengangkat kesejahteraan rakyat dalam setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan sentiasa menjadi keutamaan dalam kepimpinan Kerajaan Madani hari ini.
Sehubungan itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tidak ada rakyat akan dipinggirkan di bawah pentadbiran beliau.
“Alhamdulillah, Kerajaan telah merangka usaha yang jitu untuk memastikan tidak ada rakyat yang dipinggirkan—sama ada orang miskin, anak muda, wanita, warga emas, petani, nelayan, pelajar, kota dan desa. Setiap langkah diambil dengan matlamat membina kehidupan rakyat yang lebih bermakna dan bermaruah.
“Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial malam ini.