PM Arah Bantuan Segera Untuk Keluarga Mangsa Nahas Pelajar UPSI

GERIK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelaras bantuan sewajarnya kepada keluarga mangsa nahas membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlaku awal pagi tadi berhampiran Gerik.

Dalam satu hantaran di Facebook, Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, meluahkan rasa dukacita terhadap kejadian tersebut.

“Takziah kepada semua keluarga mangsa. Kami mendoakan agar kalian diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini,” ujar Perdana Menteri.

Beliau turut menekankan bahawa kejadian tragis seperti ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pihak agar lebih berhati-hati di jalan raya.

“Musibah menyayat hati sebegini sering kali berulang. Usahlah terburu-buru mengejar destinasi. Nyawa kalian terlalu berharga dan tiada galang ganti,” katanya.

Setakat ini, butiran penuh mengenai jumlah mangsa serta punca nahas masih dalam siasatan pihak berkuasa.

BBerkaitan

Latest articles