PM Ajak Eratkan Persefahamam, Kekalkan Keharmonian Beragama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu seluruh Keluarga Malaysia sentiasa mengeratkan persefahaman dan mengekalkan keharmonian dalam kepelbagaian agama di kalangan rakyat negara ini.

Beliau turut menegaskan yang paling penting ialah menghormati antara satu sama lain, yang menjadi tunjang kepada konsep Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri percaya sambutan Tahun Baharu Tamil atas dasar Keluarga Malaysia, bakal mengeratkan lagi hubungan antara etnik di negara ini.

“Selamat menyambut Tahun Baharu Tamil (Chithirai Puthandu) kepada masyarakat Tamil dan Vaisakhi untuk masyarakat Sikh yang menyambutnya, hari ini.

“Semoga masyarakat Tamil dan Sikh khasnya serta seluruh Keluarga Malaysia amnya, terus berada dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang masa.

“Hari ini juga adalah masa untuk meraikan permulaan baharu bagi meraih kemakmuran,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook beliau, hari ini, sambil menggunakan tanda pagar #KeluargaMalaysia.

BBerkaitan

Latest articles