PM: Agong Tak Terima Gaji Sejak COVID-19 Melanda

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, terlebih dahulu tidak mengambil gaji iaitu sejak COVID-19 melanda negara.

Pendirian itu diambil kerana Seri Paduka cakna dengan keadaan ekonomi yang menekan kehidupan rakyat.

“Saya nak maklumkan bahawa Tuanku Agong telah menolak gaji sejak COVID-19, lebih awal daripada saya. Baginda tidak menerima sebarang gaji oleh kerajaan sejak COVID-19.

“Saya ingat, eloklah kita beri penjelasan ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, hari ini.

Ketika kempen PRU15 yang lalu, Anwar turut menegaskan beliau tidak menerima gaji bagi jawatan perdana menteri, sekiranya menang, sebagai langkah memulihkan keyakinan rakyat terutama terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinannya.

Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada 24 November lalu.

Jemaah Menteri turut bersetuju untuk melaksanakan pemotongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan atas semangat keprihatinan terhadap permasalahan yang dihadapi rakyat ketika ini.

BBerkaitan

Latest articles