PM Adakan Lawatan Rasmi Ke Brunei

 

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah sempena lawatan rasmi dua harinya ke negara tersebut.

Beliau ditemani isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, selain diiringi Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Raja Reza Raja Zain Shah.

Ismail Sabri tiba di Istana Nurul Iman pada jam 10.45 pagi tadi.

Turut berangkat pada majlis menghadap itu ialah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Ismail Sabri kemudian mengadakan pertemuan empat mata kira-kira setengah jam bersama Sultan Hassanal Bolkiah.

Selesai pertemuan itu, Perdana Menteri dan delegasi diraikan pada Majlis Persantapan oleh Sultan Hassanal Bolkiah.

Ini merupakan lawatan pertama Ismail Sabri ke Brunei selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada Ogos tahun lalu.

BBerkaitan

Latest articles