PKR-UMNO Sudah Mula Bincang Mengenai PRN

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu pihaknya dan UMNO sudah mengadakan perbincangan tidak rasmi di peringkat negeri termasuk Terengganu berkenaan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Namun perbincangan itu lebih kepada proses suai kenal antara kepimpinan kedua-dua parti dan bukannya melibatkan sebarang keputusan atau prinsip berhubung PRN.

“(Perbincangan mengenai PRN) belum secara rasmi. Yang berlaku sekarang secara tidak rasmi. Maksudnya di peringkat negeri masing-masing. Di Terengganu pun Nik Nazmi (Nik Ahmad Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan dan Terengganu) sudah jumpa dengan (Datuk Seri) Ahmad Said (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu),” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PKR Negeri Terengganu di Taman Tamadun Islam, hari ini.

Katanya keputusan mengenai PRN termasuk pembahagian kerusi dan penggunaan logo akan terlebih dahulu dibincangkan secara rasmi oleh kepimpinan parti-parti di peringkat pusat.

Latest articles

Related articles

spot_img