PKR Tak Pernah Bincang Kerjasama Dengan UMNO, BERSATU

PKR bersedia bekerjasama dengan parti politik yang disifatkan sealiran dengannya, sekaligus menolak dakwaan bahawa wujud perbincangan dengan UMNO atau BERSATU untuk mendepani PRU15.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata partinya mahu bekerjasama dengan pihak yang khusus berusaha menolak rasuah, memperjuangkan tadbir urus kerajaan selain membela rakyat.

“Soal kerjasama dengan mana-mana pihak tidak berbangkit setakat ini walaupun kita jelas siapa sahaja yang boleh terima kita menyokong tatakelola kerajaan yang baik, menolak rasuah, menolak segala bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dan menjaga rakyat selain bumiputera, seluruh kaum, kita akan bersama-sama,” katanya selepas melancarkan Sambutan Hari Wanita Sedunia di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson memaklumkan Pakatan Harapan (PH) dalam proses perbincangan untuk memuktamadkan pembahagian kerusi menjelang pilihan raya umum.

“PH sedang berbincang tentang pembahagian kerusi di antara gabungan ini dulu kemudian baru kami akan pertimbangkan parti selain PH (yang menyokong PH),” tambah beliau.

BBerkaitan

Latest articles