Lagi pemimpin politik negara menolak desakan Filipina yang menuntut Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah mereka.
Najib: Tuntutan Filipina Terhadap Sabah Tak Pernah Timbul Ketika BN Jadi Kerajaan
Najib: Tuntutan Filipina Terhadap Sabah Tak Pernah Timbul Ketika BN Jadi Kerajaan
Terbaru, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal tindakan negara berkenaan dan menyokong apa jua usaha Malaysia untuk menjaga kedaulatan Sabah.
“Sabah adalah sebahagian Malaysia. Keputusan ini dibuat oleh rakyat Sabah sendiri pada 1963.
“Rakyat Malaysia bersatu dalam mempertahankan setiap inci daripada kawasan kami,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Malah di kala seluruh dunia sedang bergelut dengan wabak Covid-19, Anwar, yang juga Ketua Pembangkang menegaskan bahawa ini bukan masa yang sesuai untuk melakukan provokasi terhadap Malaysia.
“Ini merupakan masa untuk memberi tumpuan pada usaha memerangi Covid-19, membantu jutaan keluarga miskin dan golongan tidak berkemampuan yang terkesan oleh krisis ekonomi dan menentukan hala tuju dan masa depan baharu yang lebih aman dan makmur untuk rakyat Malaysia dan Filipina,” katanya.