PKR Sedang Lancar Perang Psikologi

KUALA LUMPUR: Dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli kononnya Pakatan Harapan (PH) semakin menghampiri 100 kerusi Parlimen untuk dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hanya sekadar perang psikologi untuk menarik sokongan pengundi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata perkara itu bukan satu perkara asing bagi parti pembangkang yang membuat perkiraan berdasarkan potensi kawasan untuk parti mereka menang.

“Bagi saya apa yang Rafizi cakap itu hanya perang psikologi semata-mata. Kita pun Barisan Nasional (BN) kita pun buat kiraan juga, di mana parti kita menang dan di mana parti kita tak menang.

“Yang tak menang kita kata tak menanglah tempat itu. Tapi ada tempat yang kita boleh menang, jadi kiraan kita Alhamdulillah BN pun seperti mana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebut, Insya Allah BN boleh menubuhkan kerajaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui selepas walkabout@Kolej MARA di sini, hari ini.

Semalam, Rafizi dilaporkan mendakwa PH kini menghampiri untuk memenangi 100 kerusi Parlimen ketika kempen PRU15 berbaki empat hari.

Malah kata beliau, PH turut berkeyakinan mencatat kemenangan besar di keempat-empat buah negeri kubu kuat mereka iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

BBerkaitan

Latest articles