PKR Sabah bergolak lagi tolak Christina Liew, hilang 8,000 ahli

PUTATAN: Kira-kira 8,000 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) seluruh Sabah mengumumkan keluar parti.

Kumpulan besar itu dikatakan turut membabitkan mereka yang memegang jawatan dalam parti termasuk timbalan dan naib ketua PKR cabang, setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan ahli jawatan kuasa cabang daerah.

Bekas Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah yang mengetuai kumpulan terbabit, Datuk Nani Sakam, berkata pihaknya mengambil keputusan terbabit berikutan hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.

“Kami keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan terutama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew.

Di Pusat kepimpin Anwar juga ditolak ribuan ahli dan pemimpin PKR keluar parti. Di Sabah Christina juga terus ditolak

“Kami selaku ahli tidak dijaga sedangkan kami bekerja untuk mereka.

“Apabila kita menganggotai pertubuhan atau organisasi, perlulah dijaga kerana kami sudah lama bersama PKR.

“Oleh itu, kami ambil keputusan keluar parti dengan kerelaan hati sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak. Keluar daripada parti politik adalah sesuatu yang normal,” katanya dalam sidang media

Beliau berkata, pihaknya sudah memaklumkan tindakan keluar parti itu kepada Ketua Cabang PKR Putatan yang juga Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari.

Sementara itu, keadaan kecoh seketika apabila beberapa individu dipercayai penyokong PKR cuba mengganggu sidang media berkenaan, namun keadaan dapat dikawal tanpa sebarang insiden.

PKR Sabah sekali lagi goyang dengan hanya dua adun sahaja dalam Pakatan Harapan dalam kerajaan Warisan, Christina Liew sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Kenny Chua Pembantu Menteri Kewangan.

Kepimpinan Christina Liew sejak dilantik Pengerusi PKR Sabah tidak disenangi dan mahu beliau ditukar. Apatah lagi kini Christina berhadapan saman jual beli tanah Bagahak.

Pada 2014, Christina Liew, bekas keraninya Siti Rahfizah Mihaldin dan Samsuri diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM557,641,716.29 oleh Mahkamah Tinggi Tawau.

Februari lalu Timbalan Ketua Menteri dan Siti Rahfizah Mihaldin tidak dibenarkan mengemukakan bukti baru dalam permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi sejumlah RM557.6 juta.

Liew dan Samsuri Baharuddin diperintahkan untuk membayar kos RM30,000 serta kekal perlu membayar ganti rugi RM557.6 juta itu

Terbaru SPRM menyiasat agensi serta menemubual pekebun kecil yang dikaitkan dengan dakwaan kes pengambilalihan tanah rakyat itu kerana terdapat dakwaan perundingan GLC negeri menarik balik kes itu

 

 

BBerkaitan

Latest articles