PKR Pecat Serta Merta Ahli Parlimen Julau Dan Tebrau

Parti PKR memecat serta-merta Ketua Cabang Julau, Larry Sng Wei Shien yang juga Ahli Parlimen Julau dan Ketua Cabang Tebrau Choong Shiau Yoon yang juga Ahli Parlimen Tebrau sebagai ahli parti itu selepas mereka membuat keputusan menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Tindakan pecat diumumkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR hari ini.

“Majlis Pimpinan Pusat juga telah membincangkan tindakan mahkamah yang akan diambil terhadap mereka yang bertanding atas tiket PKR, tetapi mengkhianati mandat rakyat dan keluar parti,” katanya.

TAJUK MENARIK – Tun M Kata Masih Sayang UMNO, Sedia Kembali Kepada Parti

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima Akuan Bersumpah (SD) daripada dua Ahli Parlimen itu, yang menyatakan sokongan kepada kerajaan PN.

Perkara itu dimaklumkan Muhyiddin yang juga Pengerusi PN menerusi hantaran akaun Facebook rasminya, berserta tiga keping gambar.

Gambar itu membuatkan parti PKR tidak berpuas hati ekoran sokongan kepada kerajaan PN dinyatakan secara terbuka sebegitu rupa.

BBerkaitan

Latest articles