PKR Pecat 5 Pemimpin PKR Pro Azmin, 3 Lagi Diberi Amaran

Ketua Wanita PKR, Haniza Talha dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dipecat daripada PKR.

Afif pada minggu lalu mengesahkan menyertai Bersatu selepas digantung dari parti kerana dipercayai terlibat dengan Langkah Sheraton yang turut dipimpin oleh bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Turut dipecat adalah Ketua Wanita Pulau Pinang, Nur Zarina Zakaria, Ketua Wanita Sabah Rahimah Majid dan Adun Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kassin memberitahu keputusan pemecatan itu dibuat selepas mengkaji cadangan yang dibawa oleh lembaga disiplin itu.

Isu pemecatan itu dibawa ke pimpinan parti selepas Azmin dan beberapa pemimpin parti yang lain menyertai Perikatan Nasional (PN) dan membentuk kerajaan baru di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu PKR, turut memberi amaran terhadap naib presidennya, Tian Chua, ADUN Machap Jaya, Ginie Lim dan ketua komunikasi Wanita Pulau Pinang, Carolyn Khor.

Malah parti turut menggantung keanggotaan individu yang terlibat menyerang Tian Chua pada kejadian 30 Mac lalu.

BBerkaitan

Latest articles