KUALA LUMPUR: Selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan Khairy Jamaluddin bertanding di Parlimen Sungai Buloh, PKR pula memaklumkan kesediannya untuk menukar calon di kerusi berkenaan.
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata beliaunakan berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai maklum balas yang diterima daripada para pengundi mengenai calon parti di kerusi Parlimen Sungai Buloh.
“Saya akan berbincang dengan @anwaribrahim mengenai maklum balas pengundi2 di Sg Buloh mengenai calon PKR setakat ini. Saya hargai semua pandangan,” katanya dalam ciapan di laman Twitter.
Namun dalam masa yang sama, Rafizi menegaskan keputusan akhir adalah keputusan Anwar sebagai Presiden parti.
PKR sebelum ini mencalonkan Timbalan Ketua Penerangan I parti itu, Datuk R Ramanan di kerusi parlimen Sungai Buloh yang sebelum ini disandang oleh R Sivarasa.