PKR ‘Ketepikan’ MUDA Di DUN Larkin

KUALA LUMPUR: Hasrat MUDA untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin tidak kesampaian apabila PKR hari ini mengumumkan ia meletakkan calon di kerusi tersebut.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Zamil Najwah sebagai calon di kerusi berkenaan.

MUDA, sebelum ini dilaporkan mahu meletakkan calon di DUN tersebut, selain di Kempas dan Gambir.

Untuk rekod, Zamil pernah bertanding di DUN Tanjung Surat pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14) lalu.

PKR pada hari ini mengumumkan lima calon pertama parti itu bagi zon selatan iaitu Naib Pengerusi PKR Johor, S. Gopalakrishnan di DUN Tiram; Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Fakhruddin Moslim di DUN Pasir Raja dan Arthur Chiong Sen Sern, sebagai calon DUN Bukit Batu.

Turut disenaraikan bertanding ialah Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan, 42, di DUN Kempas.

Pengasas MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini mengesahkan parti itu akan bertanding di DUN Puteri Wangsa, Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap dan Bukit Permai.

BBerkaitan

Latest articles