KUALA LUMPUR: Desas-desus kononnya ada bekas pemimpin UMNO bakal menyertai PKR dijawab sendiri oleh Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau memaklumkan sebarang keputusan PKR sekiranya hendak menerima mereka yang telah dipecat oleh UMNO perlu dibincang bersama terlebih dahulu.
Bagaimanapun Anwar memberitahu sehingga kini, parti itu masih belum mengadakan sebarang perbincangan berhubung perkara itu.
“Saya perlu adakan perbincangan bersama pemimpin UMNO terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil untuk menerima atau tidak bekas ahli yang dibuang daripada parti tersebut,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PKR di ibu pejabat parti itu, semalam.
Sebelum itu, ada khabar angin mengatakan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipelawa menyertai PKR.
Selain Khairy, bekas Ketua Bahagian UMNO Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar turut dipecat dari parti itu, bulan lalu.