PKR Hilang 8,000 Ahli Di Sabah

Memberi alasan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan, seramai 8,000 ahli PKR Sabah hari ini mengumumkan keluar parti.

Tindakan itu turut melibatkan mereka yang memegang jawatan penting parti, antaranya timbalan dan naib ketua PKR cabang, setiausaha majlis pimpinan negeri (MPN) dan ahli jawatankuasa cabang daerah.

Bekas ahli-ahli parti yang mengambil keputusan tersebut dimaklumkan hendak bergerak sebagai rakyat biasa tanpa menyertai mana-mana parti politik.

Ketua kumpulan berkenaan, Datuk Nani Sakam, yang juga merupakan bekas pengarah tugas-tugas khas PKR Sabah berkata seluruh ahli parti berasa kecewa dengan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew yang gagal menjaga kebajikan ahli-ahli parti.

“Kami keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan terutama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew.

“Kami selaku ahli tidak dijaga sedangkan kami bekerja untuk mereka.

“Apabila kita menganggotai pertubuhan atau organisasi, perlulah dijaga kerana kami sudah lama bersama PKR.

“Oleh itu, kami ambil keputusan keluar parti dengan kerelaan hati sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak. Keluar daripada parti politik adalah sesuatu yang normal,” katanya pada sidang media di sini, sebagaimana dilaporkan BH.

Tindakan keluar parti itu telah dimaklumkan kepada Ketua Cabang PKR Putatan yang juga Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari.

BBerkaitan

Latest articles