PKR Hantar ‘Panglima Utama Selangor’ Lawan Azmin Di Gombak

KUALA LUMPUR: Bayang-bayang pencalonan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Parlimen Gombak semakin jelas kelihatan.

Meskipun belum ada lagi pengumuman rasmi, namun Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti mengiyakan peletakan Amirudin di kerusi berkenaan untuk membuktikan pengaruh PKR masih utuh di Gombak.

“Itu kerja Amir (Amirudin) yang nak jaga Gombak…Kita akan hantar panglima utama Selangor untuk berdepan di Gombak..tapi ini bukan pengumuman rasmi, rasmi nanti Jumaat ini.

“Saya dah bocor soalan, saya bincang dengan Amir (Amirudin), dia kata saya ini panglima, saya mampu insya-Allah pertahankan (untuk PH),” katanya ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Negeri Selangor, malam tadi.

Penyandang kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sebelum ini dilaporkan berhasrat mempertahankan kerusi tersebut pada PRU15.

Azmin telah menjadi Ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal, yang dimenanginya atas tiket PKR.

BBerkaitan

Latest articles