PKR Bakal Hilang Sokongan Di Melaka?

Selepas Sabah, PKR di Melaka pula dikhabarkan sedang bergolak apabila dikatakan ramai pemimpin dan ahlinya akan mengisytiharkan keluar parti.

Perkata itu disahkan bekas naib presiden PKR Melaka, G Rajendran seperti memetik laporan Malaysiakini.

Beliau bagaimanapun memberitahu tidak akan ke program berkenaan.

“Ya, saya memang menerima jemputan untuk menghadiri pada 27 Jun ini.

“Sejak dua hari lalu saya menerima panggilan daripada beberapa orang untuk menghadiri majlis itu.

“Tapi, saya tidak pergi kerana pendirian saya berbeza dengan NGO tersebut,” katanya.

Sebelum ini dikatakan sebuah NGO yang dikenali sebagai Penggerak Komuniti Negara akan menganjurkan program pengisytiharan keluar PKR secara beramai-ramai pada 27 Jun ini, di Taman Tasek Utama, MITC Ayer Keroh, Melaka.

Notis tersebut dikeluarkan oleh individu yang hanya dikenali sebagai ‘Awi’, yang didakwa sebagai setiausaha PKN, Melaka.

Menurutnya, PKN ditubuhkan oleh beberapa bekas ahli PKR di Melaka yang kini bersama bekas timbalan presiden parti itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya letak jawatan dari PKR bukan kerana sokong Azmin, sebaliknya tidak sehaluan dengan PKR peringkat negeri Melaka yang penuh dengan sikap pilih kasih dan kronisme.

“Jadi, saya tidak menyertai majlis itu kerana masih tetap pendirian saya iaitu menyokong agenda reformasi oleh mana-mana pihak,” tambahnya.

BBerkaitan

Latest articles