PKPB: Solat Fardu, Jumaat Dengan Jumlah Jemaah Dihadkan

Kerajaan masih membenarkan solat fardu dan Jumaat di masjid dan surau dengan jumlah jemaah yang terhad sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata manakala di Selangor ia bergantung kepada pertimbangan pihak berkuasa agama di negeri tersebut.

Beliau berkata keputusan itu diambil pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Bagi solat Jumaat di masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, jumlah jemaah ditetapkan tidak melebihi 50 orang tertakluk kepada keluasan dewan solat dengan penjarakan satu meter antara jemaah.

“Bagi solat fardu tidak melebihi 20 jemaah tertakluk kepada keluasan dewan solat masjid dan surau dengan penjarakan satu meter antara jemaah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkifli menambah jemaah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat masing-masing melalui jemputan atau kaedah terbaik yang diputuskan bersesuaian di bawah kariah masing-masing.

Beliau juga berharap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dapat memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi sebaiknya oleh jemaah demi kemaslahatan bersama.

Pada 14 Oktober lalu, kerajaan mengenakan perintah PKPB semula di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang masuk hari kedua hari ini sehingga 27 Okt bagi mengekang penularan wabak Covid-19

Justeru, masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain di tiga negeri itu sebelum ini adalah ditutup.

Selasa lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memaklumkan solat Jumaat, solat fardu berjemaah serta aktiviti mengimarahkan masjid dan surau di Selangor, ditangguhkan semasa tempoh PKPB.

Jais dipetik sebagai berkata pentadbir masjid dan surau di Selangor hendaklah memastikan solat Jumaat tidak dilaksanakan sepanjang tempoh penangguhan itu manakala solat fardu berjemaah pula hendaklah dilaksanakan dalam jumlah jemaah yang tidak melebihi tiga orang sahaja.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...