More

    PKPB Diseluruh Semenanjung Kecuali Pahang, Perlis, Kelantan

    Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan memperluaskan ke tujuh lagi negeri kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan selama 4 minggu hingga 6 Disember ini.

    Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata pelaksanaan itu berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membolehkan saringan bersasar untuk mengekang pandemik COVID-19.

    “Sidang khas hari ini mendengar pembentangan KKM berhubung peningkatan kes positif COVID-19 di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

    “PKPB ini dilaksanakan selama empat minggu bermula 9 November hingga 6 Disember ini,” katanya pada sidang media, hari ini.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini