PKP : Solat Jumaat Di Negeri Selangor Ditangguhkan

Solat Jumaat di semua masjid dan surau Jumaat di seluruh negeri Selangor ditangguhkan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini sehingga 26 Januari nanti.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dalam satu kenyataan berkata, hanya lima orang petugas masjid dan surau Jumaat dibenarkan untuk solat Jumaat sesuai dengan keharusan mendirikan solat itu pada bilangan kecil yang terhad.

Umat Islam di Selangor hanya perlu menunaikan solat Zohor di rumah masing-masing.

“Bagi solat fardu lima waktu berjemaah, hanya lima orang dalam kalangan pegawai atau ahli jawatankuasa dibenarkan berjemaah pada satu-satu waktu,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Mohd Shahzihan berkata susulan pelaksanaan PKP, perkhidmatan yang ditawarkan oleh JAIS kepada pelanggan akan disesuaikan dengan situasi semasa.

Jelasnya, perkhidmatan utama JAIS khususnya yang membabitkan urusan nikah, cerai dan rujuk dilaksanakan secara dalam talian.

“Pelanggan boleh menghubungi talian 03-5514 3600 atau 03-5514 3400 sepanjang waktu pejabat dibuka (Isnin hingga Jumaat).

“Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan juga boleh di-emelkan ke [email protected] dan Hotline Penguatkuasaan dibuka bermula 8 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya.

Beliau berkata, majlis akad nikah pula akan dilaksanakan secara sidang video dan terhad kepada pasangan yang sudah mendapat kebenaran berkahwin dan janji temu tarikh akad nikah oleh Pejabat Agama Islam Daerah atau di masjid pengurusan.

BBerkaitan

Latest articles