Jika Rakyat Masih Degil, PKP Akan Dilaksanakan Semula

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh dilaksanakan semula jika tahap pematuhan rakyat masih rendah terhadap peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam sidang medianya hari ini, Ismail berkata rakyat pada hari ini menganggap tempoh PKPB seperti sudah tiada undang-undang dikenakan dengan sebahagian mereka bebas bergerak ke sana sini, malah ada yang bebas membawa anak kecil ke pasar raya.

“Saya ingin memberikan peringatan bahawa PKPB bukan boleh kekal sebagai PKPB, malah dia boleh diperketatkan semula. Ia bergantung kepada kepatuhan rakyat yang diberi sedikit kelonggaran.

“Kalau banyak ketidakpatuhan, tidak mustahil PKP diperkenalkan semua. Ia bergantung kepada pematuhan rakyat. Jika tidak, kita mungkin akan kembali kepada PKP yang membataskan pergerakan kita. Kita harap kita dapat tamatkan PKPB dan bebas,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

BBerkaitan

Latest articles