PKOB Di Enam Negeri Diaktifkan

KUALA LUMPUR: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di tiga negeri, iaitu Sarawak, Sabah dan Johor diaktifkan serta-merta susulan ramalan hujan berterusan antara 30 Disember ini hingga 1 Januari 2022.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut mengarahkan mengarahkan PKOB di Terengganu, Kelantan dan Pahang dalam keadaan bersedia.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan di timur Sabah (27 Disember hingga 2 Januari), di barat Sarawak (29 hingga 31 Disember) serta di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan (30 Disember hingga 2 Januari).

“Pusat Kawalan Bencana Negara telahpun mengeluarkan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana kepada negeri-negeri terbabit untuk bersiap siaga,” menurut kenyataan itu.

NADMA turut mengarahkan PKOB di Daerah Hulu Langat dan Kuala Langat di Bukit Changgang untuk mengenal pasti keperluan penggunaan pam di kawasan banjir genang.

“Perkara ini adalah untuk penyelarasan dapat dibuat bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dan jika perlu, (boleh) mendapat bantuan daripada (JPS) negeri-negeri lain,” katanya.

Pada masa sama, PKOB negeri turut diminta menyelaras bantuan kepada mangsa terutama sumbangan barangan makanan yang mempunyai jangka hayat tidak lama bagi mengelakkan pembaziran.

Selain itu, NADMA memaklumkan mangsa terbabit masih boleh mendapatkan makanan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan tinggal di PPS dalam tempoh tiga hari sementara menunggu kerja-kerja pembersihan kediaman selesai.

BBerkaitan

Latest articles