PJ Old Town Terus Jadi PKPD Hingga 23 Mei

Selepas dilaporkan 26 kes positif Covid-19 di Pasar Jalan Othman Petaling Jaya, kawasan ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai hari ini sehingga 23 Mei depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam satu kenyataan pagi ini, berkata ia susulan nasihat Menteri Kesihatan, selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 26 kes positif COVID-19 yang berpotensi memberi risiko penularan jangkitan di kawasan itu.

Beliau berkata, perintah PKPD itu membabitkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan tiga zon di kawasan berkenaan.

“Kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan kelapan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau Enhanced Movement Control Order (EMCO) di kawasan berikut, Zon A, Zon B dan Zon C.

“Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar.

“Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa,” katanya.

Beliau berkata, Zon A membabitkan kawasan di Jalan Penchala,Petaling Jaya; Jalan 4/33, Petaling Jaya; Jalan 4/37, Petaling Jaya; Jalan 4/39, Petaling Jaya; Jalan 4/41, Petaling Jaya; Jalan 4/44, Petaling Jaya; Jalan Terus 4/42, Petaling Jaya; Jalan 4/43, Petaling Jaya; Jalan 4/46, Petaling Jaya dan Jalan Othman 4/4D, Petaling Jaya.

Zon B pula membabitkan Jalan 2/29, Petaling Jaya; Jalan 2/29A, Petaling Jaya; Jalan 2/27, Petaling Jaya; Jalan 2/32, Petaling Jaya;Jalan 2/25, Petaling Jaya; Jalan 2/26, Petaling Jaya;Jalan 2/34, Petaling Jaya; Jalan 2/34A, Petaling Jaya; Jalan 2/23, Petaling Jaya; Jalan Dispensary 2/38, Petaling Jaya dan Jalan Pasar 1/21, Petaling Jaya.

Zon C membabitkan Jalan Selangor, Petaling Jaya; Lorong 3/57D, Petaling Jaya; Lorong 3/57C, Petaling Jaya; Jalan RIDA 3/56, Petaling Jaya dan Jalan Sentosa 3/57, Petaling Jaya.

Ismail Sabri berkata, dengan pelaksanaan perintah itu, semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

Beliau berkata, bukan penghuni dan pelawat pula tidak dibenarkan masuk ke kawasan itu sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan manakala semua aktiviti perniagaan dihentikan di kawasan berkenaan.

“Semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

“Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan PKP Petaling Jaya di talian 016-980 9389, atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles