Pilihan Raya Negeri Sabah Dijangka Memerlukan Kos Yang Tinggi

Ada pihak menjangkakan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangka akan menelan kos besar berikutan keadaan negara sekarang yang masih di dalam masa krisis akibat pandemik Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata peruntukan akan bertambah untuk pilihan raya itu kerana ia perlu diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) berbeza untuk mengelak jangkitan wabak itu.

“Pilihan raya ketika COVID-19 ini, semestinya babitkan peruntukan lebih tinggi. Salah satu contoh dakwat celup tidak boleh digunakan seperti biasa dan perlu disediakan dengan jumlah banyak.

“Pada masa sama, proses sanitasi, menyediakan tempat penjarakan dan semestinya proses mengambil masa lama yang sekali gus membabitkan elaun turut bertambah.

BACA JUGAProgram Subsidi Petrol Tidak Diteruskan Buat Masa Ini – Rosol Wahid

“Jika dulu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), membabitkan kos RM500 juta, sekiranya PRU dilakukan sekarang, ia akan menelan kos lebih RM1 bilion. Itu gambaran yang diberikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya menurut laporan BERNAMA.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pengagihan daging korban di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Mas, di Kota Bharu, Kelantan hari ini, yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Mas, Rohani Ibrahim.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, PRN di Sabah akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN dimaklumkan kepada SPR.

Menurutnya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengadakan mesyuarat Isnin ini bagi membincangkan bagaimana kaedah pelaksanaan pilihan raya di Sabah dapat diadakan mengikut SOP.

Katanya, walaupun SPR ada sedikit pengalaman dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini, bulan lalu, namun ia tidak boleh disamakan dengan PRN Sabah dan SOP perlu dilaksanakan dengan betul di semua DUN di Sabah bagi mengelak wujud kluster baharu COVID-19.

Semalam, SPR memaklumkan sudah menerima makluman rasmi daripada DUN Sabah berhubung pembubaran DUN Sabah penggal ke-15.

PRN Sabah diadakan selepas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN, Khamis lalu, beberapa jam selepas bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa blok pembangkang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Ada Pegawai, Anggota Polis Lindungi Premis Judi Di Sungai Buloh – Bukit Aman

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu pejabat polis Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya mengesahkan pihaknya menerima maklumat ada di kalangan pegawai dan...

Menteri Agama Harap RUU355 Dapat Direalisasi Sebelum Mati

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad berkata ada beberapa proses yang perlu dilalui dengan melibatkan beberapa pihak sebelum...

Guna saluran tepat lapor kegiatan jenayah – Hamzah

SUNGAI BULOH, 10 Ogos  -- Orang awam disaran menggunakan saluran yang tepat dalam melaporkan sebarang kegiatan jenayah termasuk perjudian haram bagi mengelak keselamatan diri diancam, kata Menteri...

Guna Logo Dacing Untuk PRN Sabah, PRU15 – Pemuda Umno

Barisan Nasional (BN) dan rakan kerjasamanya iaitu PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dicadang untuk menggunakan logo rasmi 'dacing' untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri...

Anifah Gesa Musa Beri Laluan Kepada Muka Baru

Meskipun mengakui sumbangannya sepanjang menjadi ketua menteri Sabah, namun Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman berpendapat sudah tiba masa untuk abangnya,...