Pharmaniaga Akan Bekal Dan Edar 200,000 Dos Vaksin Sinovac

Anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Bhd, Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd, menandatangani perjanjian dengan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membekal dan mengedarkan 200,000 dos vaksin Covid-19 produk siap yang diimport oleh Pharmaniaga.

Vaksin tersebut dibangunkan dan dihasilkan oleh Sinovac Life Sciences Co Ltd, anak syarikat Sinovac Biotech Ltd.

“Perjanjian dan kerjasama yang itu akan menjadi platform kepada Pharmaniaga untuk mengukuhkan lagi perniagaan vaksinnya dan mengembangkan sektor itu di Malaysia.

“Ia juga akan menyediakan syarikat dengan aliran pendapatan lain yang akan menyumbang kepada keuntungannya pada masa akan datang,” kata Pharmaniaga dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Syarikat itu menambah kerjasama itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan pendapatan sesaham kumpulan pada masa depan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2021.

BBerkaitan

Latest articles