PH tolak pakatan pilihan raya dengan PSM

PETALING JAYA: Tiada pakatan pilihan raya antara Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Pakatan Harapan (PH) kerana permintaan parti itu untuk diberikan satu kerusi Parlimen ditolak gabungan pembangkang itu.

PSM berkata, keputusan PH itu disampaikan menerusi sepucuk surat hari ini.

“Tanpa diberikan satu kerusi, kami memahami PH tidak berhasrat menjalin pakatan pilihan raya dengan PSM,” katanya dalam kenyataan.

Penolakan PH itu berlaku walaupun Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pada Jumaat lalu memberi jaminan kerusi sudah diperuntukkan kepada PSM dan Muda.

Pucuk pimpinan PSM mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dan mesyuarat jawatankuasa kebangsaan esok untuk memutuskan sama ada ia akan menyertai pilihan raya umum ke-15.

PSM meminta PH membenarkan calonnya bertanding di Parlimen Sungai Siput yang dimenangi Pengerusinya, Dr Michael Jeyakumar Devaraj pada 2008.

Menurut kenyataan itu, jika permintaan untuk kerusi Sungai Siput ditolak, parti itu akan menerima mana-mana kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri.

“Pakatan itu sudah berakhir, tetapi bukannya perjuangan.”

Latest articles

Related articles

spot_img