PH Terus Ungguli Simpang Jeram

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menerusi Amanah terus menguasai kerusi DUN Simpang Jeram di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ini apabila calonnya, Nazri Abdul Rahman menang dengan majoriti 3,514 undi.

Nazri, yang juga Timbalan Ketua Amanah Bakri itu memperoleh 13,844 undi, menewaskan Dr Mohd Mazri Yahya daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 10,330 undi, manakala calon Bebas yang juga ahli perniagaan, S Jeganathan hanya memperoleh 311 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Simpang Jeram, Jamil Hasni Abdullah pada pukul 9.12 malam tadi di Dewan Jubli Sultan Ibrahim, Muar malam ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lepas, DUN Simpang Jeram dimenangi Datuk Seri Salahuddin Ayub daripada PH apabila memperoleh 8,749 undi menewaskan calon BN Datuk Lokman Md. Don (6,062 undi), Zarul Salleh dari PN (6,350 undi) dan Mahaizal Mahmor dari Pejuang (208 undi).

BBerkaitan

Latest articles