PH Terus Dominasi Selangor, BN Sumbang Satu Kerusi

KUALA LUMPUR: Gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) menang di 34 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus berjaya membentuk kerajaan negeri.

Gabungan berkenaan memperolehi majoriti mudah dengan memenangi 34 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Menteri Besar Selangor yang juga valon DUN Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari berjaya mengekalkan kerusi dimenanginya pada 2018 dengan 19,320 undi mengalahkan lawannya daripada Perikatan Nasional (PN) Muhammad Hanif Jamaluddin yang memperolehi 14,075 undi.

Manakala BN DUN Dusun Tua menerusi Datuk Johan Aziz menang bergaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau menang dengan majoriti 3,514 dengan memperolehi 26,769 undi.

Penyanyi rap, Syed Ahmad atau Altimet yang bertanding atas mewakili PH-BN bagi DUN Lembah Jaya mendapat 20,320 undi mendahului calon PN Sharifah Haslizah Syed Ariffin dengan 16,006 undi.

BBerkaitan

Latest articles