PH Pun Bukan Gabungan Politik Berdaftar Ketika Menang PRU14

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan tidak timbul isu kepada kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah meskipun ia belum didaftarkan sebagai sebuah gabungan politik.

Beliau turut merujuk kepada kemenangan Pakatan Harapan (PH) di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu yang juga pada waktu itu belum lagi didaftarkan sebagai sebuah gabungan.

Saifuddin berkata, kesemua calon GRS tanf bertanding baru-baru ini bertanding dengan menggunakan sumbol parti yang berdaftar iaitu Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah.

“Situasi ini sama seperti semasa Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana semasa itu, PH ialah nama gabungan dan mereka belum didaftarkan tetapi semua calon mereka bertanding menggunakan simbol parti berdaftar iaitu PKR.

“Jadi tiada beza di antara kedudukan GRS dan PH. Calon yang bertanding bagi PH menggunakan simbol PKR dan calon GRS juga menggunakan simbol parti berdaftar. Ini adalah strategi dalam pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mengacau Bubur Asyura di Masjid Jamek Beserah di Sabah, hari ini.

Sebelum ini wujud kritikan daripada sesetngah pihak yang mendakwa tiada parti yang mendapat kemenangan menyeluruh di dalam PRN Sabah, semalam kerana ia idak diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai gabungan berdaftar.

Sementara itu Saifuddin meluahkan rasa syukurnya dengan kemenangan GRS di dalam PRN Sabah dengan mengatakan ia petanda positif buat PN yang baru didaftarkan dan menyertai pilihan raya buat pertama kali.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian...

Mungkin Tiada Lagi UPSR Buat Selama-lamanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan untuk memansuhkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kini berada dalam peringkat akhir. Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata...

Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menteri...

Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri...

Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan Ketua...