PH ‘Jaguh’ Beri Harapan Palsu, Pengundi Takkan Terpengaruh Lagi

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum akan datang tidak akan terjadi sekali lagi kerana rakyat sudah beringat akan kegagalan mereka menunaikan janji-janji manifesto PRU-14.

Bahkan PH hanya akan diingati atas rekod buruk pentadbiran mereka selama 22 bulan yang hanya handal menjual sebuah harapan sahaja.

Ahmad Zahid dalam masa yang sama mengingatkan pengundi untuk berwaspada dengan taktik PH yang terdesak menggunakan masa berbaki sebelum PRU15 untuk terus menghasut rakyat.

“Mereka berterusan memburukkan BN dan ini sesuai dengan ungkapan Rafizi (Ramli) tugas mereka ialah menghasut rakyat agar membenci BN.

“Namun kita perlu buktikan bahawa hasutan mereka kali ini tidak akan berjaya. Rekod 22 bulan PH ialah bukti nyata mereka hanya menjual harapan semata-mata.

“Manifesto yang mereka kemukakan tidak mereka laksanakan dan dianggap bukan kitab suci. Tindakan ini digunakan untuk menghalalkan mereka yang gunakan manifesto melangit hanya untuk memancing undi untuk menang,” katanya.

Presiden UMNO itu turut menegaskan, BN tidak akan mengikut jejak langkah PH yang menabur janji-janji populis.

“BN boleh sahaja jadi populis untuk janjikan tol percuma, pendidikan percuma seperti manifesto palsu PH. Tapi BN tak sedemikian.

“Sebab BN tahu untuk menghapuskan keseluruhan hutang peminjam PTPTN adalah tidak ada logik kerana setiap penghutang perlu melunaskan hutang dan ini juga dituntut dalam Islam,” kata Ahmad Zahid.

Tindakan PH menawarkan pendidikan percuma di universiti juga merupakan langkah populis.

Sebaliknya, apa yang penting buat negara pada ketika ini adalah pendapatan untuk membayar gaji pensyarah, kakitangan sokongan universiti, menyelenggarakan kolej universiti, melanggan bahan rujukan perpustakaan universiti, membiayai peruntukan bagi meningkatkan lagi pembelajaran, penyelidikan dan pengajaran universiti untuk anak bangsa negara.

BN sedar hakikat yang dihadapi negara dan tidak akan menipu rakyat dengan janji muluk-muluk seperti yang dilakukan PH.

“PH berbuat demikian dan menjual janji kosong biarlah mereka dihukum rakyat pada pilihan raya umum ke-15 ini,” kata Ahmad Zahid.

BBerkaitan

Latest articles