Petronas Umum Batal Semua Sambutan Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Petronas membatalkan semua sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi menghormati mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selasa lalu.

Pembatalan sambutan itu termasuk majlis rumah terbuka yang dijadual diadakan di Kuching, Sarawak pada 11 April ini.

“Bagi pihak lembaga pengarah dan pengurusan Petronas, dukacita dimaklumkan bahawa semua sambutan Hari Raya seluruh kumpulan dibatalkan.

“Ini (sebagai) tanda hormat dan solidariti terhadap komuniti yang terjejas oleh kejadian (kebakaran paip gas) di Subang Jaya baru-baru ini.

“Ia juga bagi menghormati barisan hadapan yang bertugas menyokong usaha pemulihan yang dilakukan,” demikian menurut kenyataan rasmi syarikat itu.

BBerkaitan

Latest articles