Peserta Himpunan Selamatkan Malaysia Mahu Siasatan Terhadap DNAA Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Himpunan Selamatkan Malaysia yang diadakan hari ini antaranya bertujuan untuk mendesak siasatan menyeluruh terhadap Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang dilepas tanpa dibebaskan atas 47 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Terdahulu himpunan itu bermula di Masjid Jamek Kampung Baru pada jam 2 petang dan berakhir 3.30 petang tadi.

Antara yang naik ke pentas utama himpunan tersebut ialah Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) , Datuk Razali Idris dan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) , Muhammad Rafique Rashid Ali.

“Kami tuntut pertama dakwa Ahmad Zahid dan bebaskan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan Jabatan Peguam Negara dari kuasa Eksekutif dan ketiga keadilan untuk semua.

“Jangan rakyat curi RM22 di masjid dipenjara 10 tahun tapi yang curi berjuta-juta dilepaskan begitu sahaja,” kata Tun Faisal.

Himpunan yang sama juga menuntut kerajaan mendakwa semula Ahmad Zahid atas pertuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Dalam himpunan tersebut, para peserta melaungkan ‘dakwa Ahmad Zahid’.

BBerkaitan

Latest articles