Peserta Demo #TangkapAzamBaki Gagal Ke Dataran Merdeka, Disuraikan Polis 12.30 Tengahari

KUALA LUMPUR: Tidak sampai dua jam berarak, peserta Himpunan #TangkapAzamBaki hari ini ‘terpaksa’ menamatkan demonstrasi pada jam 12.30 tengahari tadi selepas cubaan memasuki Dataran Merdeka disuraikan oleh polis.

Himpunan itu pada mulanya dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka dan berakhirnya di LRT Bangsar, bermula pada pukul 11 pagi tadi.

Mereka yang berhimpun di LRT Bangsar hanya mampu mengadakan perarakan sejauh 600 meter di penghujung Jalan Bangsar sebelum diarahkan bersurai.

Ia susulan arahan pihak berkuasa yang mengarahkan agar himpunan #TangkapAzamBaki tidak diteruskan.

Hasil tinjauan mendapati himpunan ini disertai beberapa aktivitis dan tiada pemimpin besar Pakatan Harapan (PH) yang dilihat turun padang.

Antara aktivis dan pemimpin sayap pemuda parti pembangkang dilihat hadir ialah, Adam Adli, Mandeep Singh, Fahmi Zainol, Ketua Pemuda DAP, Howard Lee, Setiausaha pemuda PKR,Syukri Ab Razak dan Bendari Parti Muda, Tarmizi Anuwar.

Tiada sebarang tangkapan dibuat oleh pihak polis dalam himpunan yang sama.

BBerkaitan

Latest articles