Pesawat MAS Dari KL Ke Bangkok Berpatah Balik Untuk Pendaratan Kecemasan

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam penerbangan ke Bangkok, Thailand terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Laporan AviationSource News memaklumkan pesawat Airbus A330-200, dengan penerbangan MH780 itu mengisytiharkan kecemasan.

Bagaimanapun maklumat lanjut mengenai kecemasan itu tidak diketahui.

Dimaklumkan, pesawat itu sudah berada di ruang udara Thailand sebelum mengisytiharkan kecemasan dan mengubah haluan ke Kuala Lumpur.

BBerkaitan

Latest articles