KUANTAN, 21 Ogos 2025 – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet terlibat dalam kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan malam ini.
Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, insiden itu berlaku pada jam 9.05 malam di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah.
TUDM memaklumkan tindakan segera sedang diambil dan perkembangan lanjut berhubung kejadian berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, TUDM menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau maklumat tidak sahih berkaitan kemalangan berkenaan .