Pesara Guru Jadi Calon PN Di DUN Pelangai

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mencalonkan seorang pesara guru, Kasim Samat sebagai wakil mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Bentong pada 7 Oktober nanti.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Ceramah Pengisytiharan Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN yang diadakan di Simpang Pelangai, Bentong sebentar tadi.

Kasim Sebelum ini pernah menjadi calon di DUN Pelangai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, namun tewas kepada penyandangnya Datuk Johari Harun.

PRKNDUN Pelangai diadakan berikutan kematian Johari, 53, dalam nahas pesawat terhempas berhampiran bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Pada PRU15 lalu, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon PN Kasim Samat, calon PH Ahmed Wafiuddin Shamsuri dan calon Pejuang, Isa Ahamd.

BBerkaitan

Latest articles