Peruntukan Segera Banjir Sabah RM10 Juta Disalur

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM10 juta melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk disalurkan terus kepada mangsa banjir di Sabah bagi pembaikan segera kemudahan asas.

Katanya, ia adalah tambahan kepada peruntukan sebanyak RM11 juta yang telah disalurkan melalui kerajaan negeri Sabah.

“Saya sangat terkesan akan dampak bencana banjir yang sedang melanda negeri Sabah saat ini.

“Saya telah mengarahkan seluruh jentera Kerajaan MADANI digerakkan dengan segera untuk membantu rakyat yang terjejas agar bantuan dapat sampai tanpa sebarang gangguan.

“Keutamaan kita adalah memastikan keselamatan, kebajikan dan kelangsungan hidup mangsa banjir dibela sebaiknya dengan tumpuan segera,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan akan memastikan setiap keluarga yang terkesan untuk segera menerima bantuan.

Perdana Menteri turut menyeru semua pihak bersatu dan berpadu tenaga serta mengutamakan semangat ihsan demi membantu rakyat seluruhnya.

BBerkaitan

Latest articles