KUALA LUMPUR, Prosiding hujahan akhir kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menyaksikan tumpuan diberikan kepada pertuduhan kedua terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang menurut pihak pembelaan gagal memenuhi elemen penting di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.
Menurut Peguam Najib, Datuk Hasnal Rezua Merican, Pasukan peguam bela berhujah bahawa kedua-dua perbuatan yang dikaitkan dengan Najib membabitkan pemerolehan saham Tanjung Energy Holdings Sdn. Bhd. dan Mastika Legenda Sdn. Bhd. bukanlah satu perbuatan salah, sebaliknya langkah statutori dan sah di sisi undang-undang sebagai Menteri Kewangan merangkap wakil pemegang saham 1MDB.
Pertuduhan kedua terhadap Najib yang mendakwa beliau menandatangani dua dokumen utama iaitu resolusi pemegang saham dan minit wakil Kementerian Kewangan yang kononnya bertujuan mempengaruhi keputusan lembaga pengarah 1MDB untuk meluluskan pengambilalihan dua syarikat tenaga tersebut.
Namun, menurut peguam bela, dokumen yang ditandatangani Najib itu hanya tindakan susulan sah selepas lembaga pengarah membuat keputusan.
“Apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib ialah langkah yang dikehendaki oleh Akta Syarikat dan memorandum syarikat. Beliau tidak mengeluarkan arahan kepada lembaga, sebaliknya menandatangani dokumen selepas keputusan dibuat,” hujah pihak pembelaan.
Kronologi Tanjung Energy: Keputusan Lembaga Dibuat Sebelum Najib Tandatangan
Menurut Hasnal, Berdasarkan keterangan dan dokumen, lembaga pengarah 1MDB telah meluluskan pemerolehan saham Tanjung Energy pada 8 Februari 2012, manakala Najib hanya menandatangani resolusi pemegang saham dan minit wakil pada 9 Februari 2012.
Pelantikan Goldman Sachs sebagai penasihat kewangan dengan yuran RM53 juta turut dibuat sebelum mesyuarat lembaga, oleh Shahrul Azral Ibrahim Halmi, yang ketika itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.
Jelas Hasnal, hujahan pihak pembelaan ialah seawal Mei 2010, Shahrul Azral selaku CEO 1MDB telah pun mengemukakan pelan perniagaan 1MDB termasuk pemerolehan saham strategik dalam IPP (Independent Power Plant) untuk menjadikan 1MDB pemain utama dalam industri tenaga.
Ini berlaku pada tahun 2010 lagi. Datuk Seri Najib tidak membuat sebarang komen terhadap cadangan itu, hanya meminitkan agar ia dikaji, dan dihantar kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di EPU.
Kemudian pada November 2011, iaitu setahun lebih awal daripada tarikh pertuduhan (9 Februari 2012), menurut keterangan Shahrul Azral, semasa beliau menghadiri F1 Grand Prix di Abu Dhabi, beliau berjumpa dengan Philip K. Haddad daripada Mubadala (UAE) pada majlis gala dinner yang dianjurkan oleh Jho Low.
Pada majlis tersebut, Philip K. Haddad memberitahu bahawa Tan Sri Ananda Krishnan berhajat untuk melupuskan saham-sahamnya dalam Tanjung Energy Sdn. Bhd.
manakala Pada 3 Februari 2012, Shahrul Azral mengarahkan setiausaha syarikat 1MDB mengeluarkan notis mesyuarat khas lembaga (special board meeting) untuk membincangkan bidaan memperoleh saham majoriti dalam Tanjung Energy Holdings. Mesyuarat dijadualkan pada 8 Februari 2012.
jelas beliau lagi, Pada 7 Februari 2012, sehari sebelum mesyuarat, syarikat Goldman Sachs menulis kepada Shahrul Azral untuk mengesahkan bahawa 1MDB telah melantik mereka sebagai penasihat kewangan (financial advisor) dalam urusan pengambilalihan Tanjung Energy Holdings, dengan yuran RM53 juta.
Hasnal turut menjelaskan bahawa Siapa yang melantik Goldman Sachs sebagai penasihat kewangan (financial advisor) dalam urusan terbabit dan menurutnya Shahrul Azral sendiri, selaku CEO 1MDB, sehari sebelum mesyuarat lembaga yang telah membuat keputusan tersebut.
Maksudnya, mesyuarat lembaga pada 8 Februari hanya mengesahkan keputusan pihak pengurusan yang telah pun dibuat lebih awal.
tambahnya lagi, dalam mesyuarat itu, salah seorang anggota lembaga, Ashvin Valiram, membangkitkan persoalan sama ada bidaan RM10.6 bilion itu terlalu tinggi dan sama ada yuran Goldman Sachs boleh dirunding.
Namun Shahrul mempertahankan keputusan tersebut, mengatakan harga dan yuran itu munasabah.
Ini menunjukkan bahawa yang mempunyai kepentingan ialah Shahrul Azral — bukan Datuk Seri Najib.
Tambahnya pasukan Peguam bela turut menegaskan bahawa semua keputusan berkaitan pembelian Tanjung Energy telah dibuat oleh pihak pengurusan dan lembaga sebelum dokumen sampai ke meja Najib.
“Langkah Datuk Seri Najib hanyalah melengkapkan proses formaliti sebagai Menteri Kewangan. Tuduhan kononnya beliau mempengaruhi lembaga tidak berasas,” katanya lagi.
| Tarikh | Peristiwa | Penjelasan / Relevan |
| Mei 2010 | Shahrul Azral (CEO 1MDB) bentang pelan pemerolehan IPP | Cadangan 1MDB memasuki sektor tenaga; Datuk Seri Najib hanya minitkan untuk dikaji. |
| Nov 2011 | Shahrul bertemu Philip K. Haddad (Mubadala) di Abu Dhabi | Haddad maklumkan Tan Sri Ananda Krishnan ingin jual pegangan Tanjung Energy. |
| 3 Feb 2012 | Shahrul arah keluarkan notis mesyuarat khas lembaga | Untuk bincang bidaan pemerolehan saham Tanjung Energy. |
| 7 Feb 2012 | Shahrul lantik Goldman Sachs sebagai penasihat kewangan | Pelantikan dibuat sebelum mesyuarat lembaga; yuran ditetapkan RM53 juta. |
| 8 Feb 2012 | Mesyuarat khas lembaga 1MDB diadakan | Lembaga sahkan bidaan RM10.6 bilion dan pelantikan Goldman Sachs. |
| 9 Feb 2012 | Najib tandatangan resolusi pemegang saham dan minit wakil | Langkah susulan statutori, bukan arahan mempengaruhi lembaga. |
| 25 Jul 2012 | Lembaga 1MDB lulus bajet RM19.3 juta untuk due diligence Mastika Legenda & Genting Sanyen | Dua minggu sebelum tarikh pertuduhan; bukti keputusan dibuat awal. |
| 10 Ogos 2012 | Najib tandatangan dokumen berkaitan Mastika Legenda | Dakwaan bahawa tandatangan beliau mempengaruhi lembaga. |
Keterangan Shahrul Azral Hanya Berdasarkan Anggapan
Jelas Hasnal lagi, Pembelaan turut menolak keterangan Shahrul Azral, yang mendakwa beliau menganggap Najib memberi lampu hijau kepada Goldman Sachs dalam satu pertemuan di New York pada 2009.
Najib dalam keterangannya menjelaskan, pertemuan itu hanyalah kunjungan hormat (courtesy call) antara pelabur antarabangsa dan tiada sebarang perbincangan mengenai pelantikan Goldman Sachs.
Namun pihak pendakwaan cuba menggunakan keterangan Shahrul Azral, yang mendakwa beliau beranggapan Datuk Seri Najib pernah meminta Goldman Sachs “committed” terhadap 1MDB semasa lawatan ke New York pada 2009.
Tapi anggapan ini tidak disokong oleh fakta
Jelas Hasnal dalam pertemuan itu, Datuk Seri Najib bertemu ramai tokoh — termasuk Steve Forbes, Jane Delaney (Motorola), Credit Suisse, dan Ban Ki-moon, serta menghadiri jamuan oleh JP Morgan, Barclays Bank dan Credit Suisse First Boston.
Lloyd Blankfein (Goldman Sachs) hanya membuat courtesy call di Four Seasons Hotel, New York, dengan kehadiran Tim Leissner, Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Shahrul Azral, dan Jho Low jelas Hasnal lagi.
Tiada perbincangan langsung tentang pelantikan Goldman Sachs sebagai penasihat 1MDB.
Keterangan tersebut turut disokong oleh Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Pengerusi 1MDB pada masa itu, yang menegaskan bahawa pertemuan tersebut tidak menyentuh hal pelantikan penasihat kewangan bagi 1MDB.
Peguam bela berhujah bahawa andaian Shahrul “tidak berpijak di bumi nyata” dan tidak boleh dijadikan asas untuk mewujudkan anggapan bahawa Najib mempunyai kepentingan peribadi.
Mastika Legenda: Keputusan Sudah Dibuat Dua Minggu Lebih Awal
Bagi pemerolehan Mastika Legenda, pertuduhan mendakwa Najib menandatangani dokumen lebih awal dan mempengaruhi lembaga pengarah. Namun, hujahan pembelaan menunjukkan bahawa lembaga 1MDB telah meluluskan bajet RM19.3 juta untuk proses due diligence pada 25 Julai 2012, iaitu dua minggu sebelum tarikh pertuduhan (10 Ogos 2012).
Pelantikan Goldman Sachs dan penasihat lain seperti KPMG serta Wong & Partners juga telah dibuat lebih awal, menunjukkan semua proses berjalan mengikut struktur korporat yang sah.
Tan Sri Ismee Ismail dan Tan Sri Che Lodin masing-masing menafikan lembaga pengarah dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar termasuk Najib.
Tiada Elemen Kepentingan Peribadi
Menurut Hasnal lagi, Hujahan pasukan pembelaan turut menegaskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan dua elemen utama Seksyen 23 Akta SPRM iaitu perbuatan salah dan kepentingan peribadi.
Semua tindakan Najib, menurut pembelaan, adalah tindakan rasmi yang diperlukan oleh undang-undang syarikat dan tidak mendatangkan sebarang manfaat peribadi kepada beliau.
“Tiada bukti menunjukkan Datuk Seri Najib mempengaruhi lembaga pengarah atau mendapat faedah peribadi. Kedua-dua pertuduhan ini tidak boleh berdiri di sisi undang-undang,” tegas hujahan itu.
Perbezaan Keterangan Saksi
| Saksi | Keterangan | Keterangan saksi |
| Shahrul Azral (CEO 1MDB) | Menganggap Najib arahkan Goldman Sachs ketika lawatan ke New York 2009 | Disangkal oleh Najib & Tan Sri Che Lodin yang menyatakan tiada perbincangan mengenai pelantikan Goldman Sachs |
| Tan Sri Ismee Ismail | Mendakwa resolusi Najib mempengaruhi lembaga | Disangkal oleh fakta bahawa beliau sendiri telah menandatangani resolusi awal dua minggu lebih awal |
| Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin | Sahkan lembaga buat keputusan secara bebas tanpa pengaruh luar | Menyokong hujahan pembelaan |
Kesimpulan Pembelaan
Pihak pembelaan memohon Mahkamah Tinggi menilai semula keputusan prima facie, dengan mengambil kira keseluruhan keterangan saksi pembelaan dan fakta tarikh yang jelas menunjukkan bahawa Najib tidak mempengaruhi lembaga pengarah 1MDB.
“Pertuduhan ini gagal memenuhi elemen undang-undang. Datuk Seri Najib bertindak mengikut keperluan statutori, bukan untuk kepentingan peribadi,” ujar peguam bela.
Prosiding hujahan akan bersambung minggu depan selama lima hari lagi sebelum mahkamah membuat keputusan akhir terhadap dapatan dalam kes 1MDB ini.










