More

    Pertikai Perlantikan Zahid, Hak Masing-Masing – PM

    PUTRAJAYA:  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau tidak mempunyai masalah untuk mana-mana pihak mempertikaikan pelantikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ke jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana tindakan itu adalah hak peribadi masing-masing.

    Menurut Anwar, perlantikan Ahmad Zahid dibuat, mengambil kira beberapa faktor, biarpun Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sedang menjalani perbicaraan kes di mahkamah.

    Antara faktor berkenaan, katanya, berpandukan kapasiti Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN.

    “Dalam keadaan Kerajaan Perpaduan ini, saya perlu mengambil kira semua faktor ini (Ahmad Zahid Presiden UMNO dan Pengerusi BN). Dia didakwa, belum ada hukuman dan proses ini kita harus hormati.

    “Namun, yang saya musykil dan ini bukan saya suarakan sekarang, tetapi secara konsisten sejak beberapa tahun lalu, orang yang menjerit soal rasuah itu dia harus bersih. Dia tidak boleh jerit rasuah, tetapi ambil projek ratusan juta ringgit, tak boleh,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat khas Kabinet di sini, hari ini.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini