Pertembungan Tiga Penjuru di PRK DUN Ayer Kuning

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning hari ini menyaksikan pertembungan antara tiga calon yang mewakili Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Pengumuman calon dilakukan oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori, di Dewan Merdeka selepas proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi.

BN diwakili oleh Mohamad Yusri Bakir daripada UMNO, manakala PN mempertaruhkan Ketua PN Bahagian Tapah Abdul Muhaimin Malek.

Calon PSM pula diwakili oleh KS Bawani.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian ADUN UMNO, Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu.

Untuk rekod Ishsam meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum yang lalu dengan majoriti 2,213 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Untuk PRK kali ini seramai 31,897 pengundi berdaftar, dengan pengundian awal dijadualkan bermula pada 22 April.

Dalam pada itu lebih 2,000 penyokong BN hadir memberi sokongan kepada Mohamad Yusri.

Turut hadir memberi sokongan kepada calon adalah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Khaled Nordin dan Pengerusi BN Perak, Datum Seri Saarani Mohamad.

Manakala pemimpin PN yang kelihatan adalah Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Calon PSM pula ditemani oleh pemimpin utamanya, Dr. Michael Jeyakumar, serta S. Arutchelvan.

BBerkaitan

Latest articles