Persatuan Peruncit Bumiputra Sambut Baik Keputusan Majlis Tindakan Khas Sara Hidup Negara

Kuala Lumpur  – Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) menyambut baik keputusan Kerajaan melalui Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Khas Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 31 Januari 2022 yang terus komited menyelesaikan isu bekalan dan pengeluaran makananan terutamanya bagi ayam dan telur ayam.

Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera,Datuk Wira Haji Ameer Ali Mydin berkata keputusan Kerajaan yang prihatin rakyat untuk untuk menetapkan harga maksimum ayam dan menurunkan harga siling ayam menunjukkan kesungguhan Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan YAB Dato’ Seri Ismail Sabri serius dalam menangani isu kenaikan harga barangan.

Tambahnya pihak persatuan turut menzahirkan ucapan penghargaan di atas keputusan Kerajaan yang membuka permit import ayam kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP) dan juga pembukaan AP kepada pengusaha-pengusaha pasar raya besar (hypermarket).

“ ini jelas menyatakan keseriusan beliau menangani isu kenaikan harga barangan yang berlaku sedang di peringkat global katanya di dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ameer Ali Mydin yang juga Pengarah Urusan Mydeen Mohamed berkata‘bagi memastikan penternak-penternak ayam tempatan kekal berdaya saing, BRO mengharapkan Kerajaan akan terus memastikan langkah intervensi atau pemberian subsidi yang saksama kepada mereka dapat dimuktamadkan segera.

“Pihak Persatuan menyatakan komitmen dan usaha bagi memastikan aspirasi Kerajaan bagi memastikan kawalan harga barangan dapat dicapai. Justeru itu, rakyat dan peniaga akan dapat manfaat seiring dengan keputusan yang telah dibuat tersebut katanya.

BBerkaitan

Latest articles