Permohonan 6 individu dari 3 Generasi Untuk Perolehi Kad Pengenalan Berjaya

TAIPING – Penantian sekeluarga yang terdiri daripada 6 individu dari 3 generasi untuk mendapatkan kad pengenalan akhirnya tertunai selepas Mahkamah Taiping mengistiharkan mereka kini bertaraf warganegara.

Hakim YA Noor Ruwena Md Nurdin yang mendengar permohonan daripada Kamaladevi A/P Kanniappan, Theresa Roslin A/P Steven, Melvin A/L Steven, Devhedarshan A/l Premkumar, Ilavarsi A/P Premkumar dan Lakhan A/L Premkumar yang memohon untuk diiktiraf sebagai Warganegara Malaysia.

Pihak Plaintif yang diketuai New Sin Yew Dan Shugan Raman manakala pihak pihak pembelaan iaitu Pendaftar Kelahiran Dan Kematian, Pendaftar Besar Kelahiran Dan Kematian, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia diketuai Peguam Kanan Persekutuan Norazlinawati Mohd Arshad.

Antara Rumusan Noor Ruwena ketika membuat keputusan bahawa kewarganegaraan adalah hak asasi dan mesti ditafsirkan secara bebas dan fakta yang  tidak dipertikaikan bahawa nenek kepada plaintif pertama (Kamaladevi A/P Kanniappan) adalah warganegara Malaysia

Perkahwinan Datuk plaintif pertama diiktiraf sebagai sah di bawah Seksyen 4 akta pembaharuan undang-undang (perkahwinan dan perceraian).

Jadi berikutan bahawa anak mereka iaitu ibu plaintif pertama adalah warga Malaysia mengikut kuat kuasa undang-undang dan ibu plaintif pertama juga adalah warga Malaysia mengikut kuat kuasa undang-undang.

Oleh itu, perkara yang sama berlaku untuk anak-anak plaintif pertama dan anak-anak mereka dan membenarkan permohonan yang dibuat oleh 6 sekeluarga dari 3 generasi itu .

Mengikut fakta kes Kes ini melibatkan sebuah keluarga terdiri dari tiga generasi yang tidak mempunyai kewarganegaraan memohon deklarasi bahawa mereka adalah warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang dan deklarasi lain mengenai hak mereka sebagai warganegara.

Plaintif Pertama (“P1”) dan Plaintif Ke-2 (“P2”) juga memohon deklarasi bahawa mereka mempunyai hak untuk mendaftarkan perkahwinan masing-masing di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (“LRA”).

Kamaladevi (P1) adalah ibu kandung kepada Theresa Roslin (P2) dan Melvin (P3) serta Kamaladevi (P1) juga merupakan nenek kepada Devhedarshan ( P4), Ilavarsi (P5) dan Lakshan (P6).

Sejarah keluarga Plaintif di Malaysia bermula sebelum Merdeka di mana Datuk sebelah ibu iaiatu M Karuppan, dan nenek sebelah ibu, Mukayee A/P Karpaiya telah dilahirkan di Malaysia sebelum Merdeka yang pada setiap masa materialnya mempunyai kad pengenalan.

Ketiadaan kewarganegaraan Plaintif-Plaintif bermula apabila Datuk Tiri Kamaladevi iaitu Ayankannu, menggadaikan kedua-dua sijil kelahiran bapa saudara Kamaladevi iaitu Vathumalai dan Ibu Kamaladevi yang bernama Letchimee kepada pemberi pinjaman wang sebagai jaminan untuk pinjaman ketika mereka masih muda.

Berkaitan dengan kes ini, ketika Bapa Saudara Kamaladevi membesar beliau telah berjaya merayu kepada pemberi pinjam wang untuk mengembalikan sijil kelahirannya, yang kemudiannya beliau berjaya memperolehi Kad Pengenalan.

Namun perkara sebaliknya tidak berlaku kepada ibu Kamaladevi di mana beliau gagal untuk mendapatkan dokumen berkenaan bagi membuktikan dirinya telah lahir di Malaysia.

Hanya setelah beberapa lama, Bapa Saudara Kamaladevi berjaya melunaskan hutang berkenaan dan berjaya mendapatkan semula sijil lahir ibu Kamaladevi. Pada tahun 1976, Ibu Kamaladevi telah mencuba untuk memohon kad pengenalan daripada JPN di Muar, Johor. Namun begitu, dia tidak berjaya.

Ekoran daripada kegagalan terbabit, Ibu Kamaladevi telah gagal mendaftarkan perkahwinannya dengan bapa Kamaladevi namun mereka tetap meneruskan perkahwinan itu secara adat.

Ekoran daripada kegagalan berkenaan 3 adik beradik Kamaladevi juga gagal untuk mendapatkan status warganegara.

Kamaladevi yang kemudiannya berkahwin pada tahun 1996 turut gagal mendaftarkan perkahwinannya ekoran tidak mempunyai kad pengenalan dan mereka hanya boleh berkahwin secara adat.

Di dalam perkahwinan itu, Kamaladevi dikurniakan  4 orang anak dan kesemua mereka tidak mempunyai kad pengenalan.  Malah lebih memburukkan keadaan 2 daripada mereka telah mengambil nyawa mereka secara tragis ekoran tekanan yang tidak tertanggung kerana tidak mempunyai tahap kewarganegaraan.

Anak kepada Kamaladevi iaitu Theresa Roslin yang  berkahwin pada tahun 2014, turut gagal mendaftarkan perkahwinannya itu di bawah LRA kerana tidak mempunyai kewarganegaraan dan menyebabkan kesemua mereka dinafikan hak kewarganegaraan kerana bapanya tidak diiktiraf sebagai warganegara Malaysia, dan mereka tidak dapat mewarisi kewarganegaraan Malaysia bapa mereka.

Pada atau sekitar tahun 2015, Kamaladevi telah memulakan proses mendapatkan kewarganegaraan dengan terlebih dahulu memohon pendaftaran lewat sijil kelahiran daripada JPN. Malangnya, selepas tiga (3) tahun, JPN telah menolak permohonan beliau pada 22.5.2018.

BBerkaitan

Latest articles